Daftar
Masih belum mendaftar? Daftar sekarang untuk proses permohonan pembiayaan yang pantas.
Penafian
Terma Akses MySMEBank ini menerangkan Terma dan Syarat yang mentadbir akses dan penggunaan Sistem Permohonan Atas Talian dikenali sebagai "MySMEBank" yang disediakan oleh Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (No Syarikat: 49572-H) termasuk penggantinya dari segi hak dan pemberian hak (selepas ini disebut sebagai "SME Bank"), bagi membolehkan anda secara elektronik mengakses dan menggunakan MySMEBank untuk tujuan Permohonan Pembiayaan (mengikut definsi yang diberikan di bawah) yang ditawarkan oleh SME Bank secara atas talian dan memantau status permohonan tersebut.
Sebagai tambahan kepada Terma Akses MySMEBank, akses dan penggunaan MySMEBank adalah tertakluk kepada lain-lain terma, syarat dan peruntukan yang di tetapkan oleh SME Bank dari masa ke semasa dan boleh disemak di laman web www.smebank.com.my ("Lain-lain Terma Akses"). Jika ada searang percanggahan di antara mana-mana terma, syarat dan peruntukan Terma Akses MySMEBank ini dengan mana-mana terma, syarat dan peruntukan di Lain-lain Terma Akses, terma dan syarat yang terkandung di dalam Terma Akses MySMEBank ini akan diguna pakai setakat mana ia berkaitan dengan akses anda dan penggunaan MySMEBank melainkan jika ditetapkan sebaliknya oleh SME Bank.